Berita Viral
'Anak menangis, ibu terbaring di lantai' — Situasi libatkan gelandangan raih perhatian netizen
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 14 Julai - Satu rakaman yang tular di media sosial mengundang perhatian ramai selepas memaparkan seorang wanita dipercayai gelandangan dilihat terbaring di atas lantai kaki lima berhampiran sebuah kenderaan, manakala seorang anak kecil dipercayai anaknya terbaring di sebelahnya.
Menerusi hantaran tersebut, kanak-kanak berkenaan dilihat menangis sementara wanita itu hanya baring di lantai tanpa mengendahkan tangisannya.
Situasi ini menimbulkan kebimbangan pengguna media sosial terhadap anak kecil itu.
Pemilik hantaran, fatinhanna2, turut meluahkan rasa geram dengan situasi itu.
“Ni lagi la,hmmmm rasa nak maki je tapi tulah,” tulisnya.
Ruangan komen hantaran itu dipenuhi reaksi netizen yang meluahkan rasa simpati serta meminta bantuan diberikan kepada kanak-kanak berkenaan.
Seorang pengguna media sosial nadzirmuliiadi meluahkan kebimbangan selepas melihat keadaan kanak-kanak tersebut
“Ya Allah, sesiapa tolong anak tu tak boleh la tengok budak macam ni,” komennya
Seorang lagi pengguna, qynn_e, turut menyatakan rasa sedih dengan situasi itu.
“Tak sanggup nak tengok, ya Allah kesiannya,” tulisnya.
Dalam pada itu, seorang pengguna lain, nurfateen, mendakwa kanak-kanak tersebut masih kecil.
“Allah, rasa umur setahun lebih budak tu. Kesihannya lahir dapat mak bapak macam ni,” katanya.
Bagaimanapun, maklumat lanjut berhubung punca wanita tersebut terbaring, keadaan sebenar keluarga terbabit serta lokasi kejadian masih belum dapat disahkan.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan kepada pihak berkaitan sekiranya terdapat isu melibatkan kebajikan serta keselamatan kanak-kanak.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:07 am
Tular peniaga guna air liur untuk pisahkan pelapik makanan
July 30, 2026, 7:00 pm
Penumpang e-hailing hina islam, dakwa al-Quran ajar benda tak bagus
July 30, 2026, 11:47 am
Panik ketika keluar simpang, rider kemalangan selepas dikejar anjing liar
July 30, 2026, 10:25 am
Tular isi botol kicap ada bangkai cicak
July 29, 2026, 3:46 pm
Wanita China buat kecoh kumur, ludah air dalam LRT
July 29, 2026, 11:25 am
'Ingat anak nak ambil barang', wanita terkejut lelaki warga asing selamba buka bonet kereta
July 28, 2026, 12:04 pm
Hilang lepas sekolah tamat, kelurga mohon bantuan cari Gwen Mia
July 28, 2026, 10:32 am
