Berita Viral
Pemandu Myvi nyaris jadi ‘sanwic’ lepas dilanggar lori treler
KUALA LUMPUR 14 JULAI - Tular di media sosial sebuah kenderaan Perodua Myvi nyaris menjadi mangsa kemalangan apabila dilanggar oleh sebuah lori treler dipercayai berlaku di Bukit Raja, Selangor pada Isnin.
Menerusi perkongsian rakaman video papan pemuka (dashcam) di media sosial, kenderaan tersebut yang ingin ke lorong kanan dipercayai melulu masuk meskipun lori treler sudah berada di jalan tersebut.
Lebih mencemaskan di bahagian kiri Myvi itu terdapat juga sebuah lori treler lain yang mahu menukar lorong ke arah kanan sekali gus menghimpit kenderaan tersebut.
Tindakan pemandu Myvi itu menyebabkan bahagian belakang kenderaannya dilanggar oleh treler di lorong kanan namun tiada insiden yang tidak diingini berlaku.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menasihati pemandu Myvi itu agar belajar tentang titik buta pemandu lori.
“Pemandu kereta ini tak ada pengalaman ke? Tak pasti dia fikir apa, tapi pemandu lori itu bukan nampak dia nak masuk,” kata seorang pengguna.
“Kawasan sini jangan nak buat berani, banyak lori dengan nak tukar lorongnya,” ujar pengguna lain.
“Tolong belajar ‘blindspot’ lori, tak menyabar nak masuk lane kanan sekali selamat kereta yang kena bukan tuan badan,” nasihat pengguna lain.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:07 am
Tular peniaga guna air liur untuk pisahkan pelapik makanan
July 30, 2026, 7:00 pm
Penumpang e-hailing hina islam, dakwa al-Quran ajar benda tak bagus
July 30, 2026, 11:47 am
Panik ketika keluar simpang, rider kemalangan selepas dikejar anjing liar
July 30, 2026, 10:25 am
Tular isi botol kicap ada bangkai cicak
July 29, 2026, 3:46 pm
Wanita China buat kecoh kumur, ludah air dalam LRT
July 29, 2026, 11:25 am
'Ingat anak nak ambil barang', wanita terkejut lelaki warga asing selamba buka bonet kereta
July 28, 2026, 12:04 pm
Hilang lepas sekolah tamat, kelurga mohon bantuan cari Gwen Mia
July 28, 2026, 10:32 am
