Berita Viral
'Buka parcel orang, campak balik', pemilik rumah berang budak curi ambik barang penghantaran
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 14 Julai — Tindakan beberapa kanak-kanak yang didakwa mengambil dan membuka parcel milik orang lain di hadapan sebuah rumah mengundang perhatian pengguna media sosial.
Menerusi hantaran yang tular, pemilik meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa beberapa parcel yang dihantar ke rumahnya telah dibuka tanpa kebenaran sebelum dicampak semula pada petang 12 Julai lepas.
“Macam mana nak ajar budak-budak curi parcel kat rumah orang? Buka sesuka hati lepastu campak balik. Bayangkan kalau time dia orang buka tu barang berharga,” tulisnya.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan menunjukkan kawasan hadapan rumah berkenaan, dipercayai lokasi parcel tersebut diletakkan sebelum kejadian berlaku.
Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan tindakan mengambil barang penghantaran tanpa kebenaran sebagai perbuatan tidak wajar, walaupun dilakukan oleh kanak-kanak.
Seorang pengguna, mayaagus_, berpendapat tindakan tegas perlu diambil supaya kejadian sama tidak berulang.
“Buat laporan polis. Biar dia serik sikit. Kalau mak bapak dia tak ajar, sis tolong ajarkan.
Kadang-kadang mak bapak tak tahu dan tak terima perangai anak jahat macam ni,” tulisnya.
Sementara itu, pengguna matgebu menyarankan agar bukti rakaman CCTV digunakan bagi mengelakkan pemilik rumah pula dipersalahkan.
“Saya setuju yang ni, kadang-kadang kita cakap elok-elok, ada bukti CCTV, bukan dia orang terima, silap-silap kita pulak yang dipersalahkan,” katanya.
Dalam pada itu, pengguna readthatagain_l mengingatkan orang ramai supaya tidak memandang ringan perbuatan tersebut walaupun melibatkan kanak-kanak.
“Malaysia ada akta. Nak sepak terajang tu memanglah lumrah kita. So nasihat saya pergi lapor terus. Budak tak budak. Demi kemaslahatan masyarakat,” tulisnya.
Sebahagian pengguna turut meminta ibu bapa memainkan peranan dalam memantau tingkah laku anak-anak agar kejadian seumpama itu tidak berulang.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:07 am
Tular peniaga guna air liur untuk pisahkan pelapik makanan
July 30, 2026, 7:00 pm
Penumpang e-hailing hina islam, dakwa al-Quran ajar benda tak bagus
July 30, 2026, 11:47 am
Panik ketika keluar simpang, rider kemalangan selepas dikejar anjing liar
July 30, 2026, 10:25 am
Tular isi botol kicap ada bangkai cicak
July 29, 2026, 3:46 pm
Wanita China buat kecoh kumur, ludah air dalam LRT
July 29, 2026, 11:25 am
'Ingat anak nak ambil barang', wanita terkejut lelaki warga asing selamba buka bonet kereta
July 28, 2026, 12:04 pm
Hilang lepas sekolah tamat, kelurga mohon bantuan cari Gwen Mia
July 28, 2026, 10:32 am
