TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Lepas isu tren meletup, penumpang kongsi skrin stesen LRT3 pula alami masalah teknikal

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 15 JULAI - Tular di media sosial sebelum ini apabila seorang pengguna laluan Transit Aliran Ringan 3(LRT3) mendakwa tren yang dinaikinya meletup sehingga mengeluarkan api di bahagian luar kenderaan itu.

Kini timbul masalah baharu apabila pengguna media sosial mendakwa skrin pemberitahuan ketibaan tren dipercayai di stesen LRT Glenmarie 2 mengalami masalah teknikal.

Pengguna lain turut berkongsi, masalah sama juga berlaku di stesen LRT Seksyen 7 Shah Alam yang melibatkan skrin pemberitahuan ketibaan tren.

Masalah yang berlaku itu sekali gus menyukarkan pengguna untuk melihat waktu menunggu ketibaan tren.

Sebelum ini, Rapid KL telah memaklumkan insiden membabitkan sebuah tren Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam pada 4 Julai lepas berpunca daripada isu teknikal pada salah satu komponen tren yang bersentuhan dengan konduktor kuasa.

Dalam kenyataan, Rapid KL mengesahkan keadaan itu menyebabkan bunyi letupan kecil serta percikan api. 

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan operasi perkhidmatan laluan berkenaan berjalan seperti biasa.

Menurut kenyataan itu, sejurus kejadian pada 7.05 malam di Stesen Stadium Shah Alam, tren berkenaan dikeluarkan serta-merta daripada perkhidmatan, manakala semua penumpang diturunkan di stesen berikutnya sebelum meneruskan perjalanan menggunakan tren lain.

+ - reset