Berita Viral
Polis buka siasatan individu didakwa diculik di Johor Bahru
Oleh AZIM SAID
JOHOR BAHRU 15 Julai– Polis membuka siasatan berhubung dakwaan kejadian culik melibatkan seorang individu di Taman Impian Emas, Skudai, selepas rakaman video berkaitan kejadian itu tular di media sosial.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara ketika dihubungi memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung kejadian tersebut.
Sebelum ini, rakaman video berdurasi beberapa saat yang memaparkan kelihatan beberapa lelaki memaksa seorang individu untuk masuk ke dalam sebuah kereta Waja 13 Julai lalu mengundang kebimbangan orang ramai.
Berdasarkan keterangan saksi, beberapa orang awam dipercayai cuba memberi amaran dengan menjerit ke arah kumpulan terbabit ketika kejadian, namun tindakan itu tidak mendapat sebarang respons.
Saksi turut memaklumkan mereka tidak bertindak mendekati kumpulan berkenaan kerana bimbang terhadap keselamatan diri.
Rakaman video berdurasi kira-kira 35 saat yang dikongsikan di sosial media itu kemudian mendapat perhatian pengguna media sosial yang meninggalkan pelbagai komen dan reaksi.
Pengguna media sosial, Sarip Sup Supian Amy, meluahkan kebimbangan terhadap situasi keselamatan ketika ini selepas melihat rakaman tersebut.
“Seram duduk Malaysia zaman ni. Gangster dah tak takut dengan PDRM,” tulisnya.
Sementara itu, Hidayat Hajman berpendapat kejadian dalam rakaman tersebut mungkin mempunyai gambaran berbeza daripada dakwaan awal yang tersebar.
“Ni bukan culik ni, ni macam kena kutip,” katanya.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menunggu kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa bagi mendapatkan maklumat tepat.
Berita berkaitan
July 17, 2026, 7:11 pm
Deadpool jawab sebab diangkut DBKL lepas video tular di media sosial
July 17, 2026, 6:04 pm
Samseng datang halau, wanita Orang Asli dakwa suami ditahan polis lepas pertahan tanah adat
July 17, 2026, 10:03 am
Deadpool kena angkut lori DBKL lepas buat persembahan
July 17, 2026, 8:58 am
'Selalu tuduh Malaysia', giliran penari Indonesia guna lagu SM Salim menari di Kemboja
July 16, 2026, 8:25 pm
'Dah macam ketam'- Bas bergerak mengiring jadi tumpuan netizen, cetus isu keselamatan
July 16, 2026, 7:16 pm
Suami kongsi tugasan terakhir bimbing isteri ucap syahadah sebelum meninggal dunia
July 16, 2026, 3:02 pm
Leka bergambar, kanak-kanak perempuan nyaris jadi mangsa pertama Jambatan Batang Lupar
July 15, 2026, 2:25 pm
