Berita Viral
Suami kongsi tugasan terakhir bimbing isteri ucap syahadah sebelum meninggal dunia
KUALA LUMPUR 16 JULAI - Meskipun tujuh bulan sudah berlalu, seorang pempengaruh berkongsi video tugas terakhirnya sebagai seorang suami apabila membimbing arwah isterinya mengucap dua kalimah syahadah.
Menurut Hamada Azman, tugasan itu merupakan tanggungjawab yang paling banyak ditakuti orang ramai.
"Ramai yang takut untuk melakukannya kerana terlalu sayang. Sedangkan itulah antara tugas terakhir kita kepada insan yang paling kita cintai."
Pempengaruh itu turut mengajak pengguna media sosial untuk membimbing orang yang paling kita sayang semasa pemergiannya.
"Tugas terakhir Hamada sebagai seorang suami.
"Di saat orang yang paling kita sayang sedang dijemput pulang, jangan biarkan dia pergi tanpa diingatkan kepada Allah. Bimbinglah dengan kalimah tauhid, mohon saling memaafkan, halalkan makan minum, dan redhakan pemergiannya," katanya.
Sebelum ini, Hamada pernah tular di media sosial selepas arwah isterinya yang menghidapi kanser sarcoma menghembuskan nafas terakhir dalam pelukannya pada 18 Disember lalu.
Media juga pernah melaporkan pengorbanan Ahmad Hamada yang sanggup menjual hampir semua barangan peribadi termasuk sebuah kereta BMW demi mengumpul dana rawatan isterinya yang menghidap kanser sarcoma tisu lutut tahap empat sejak tahun lalu.
Berita berkaitan
July 17, 2026, 7:11 pm
Deadpool jawab sebab diangkut DBKL lepas video tular di media sosial
July 17, 2026, 6:04 pm
Samseng datang halau, wanita Orang Asli dakwa suami ditahan polis lepas pertahan tanah adat
July 17, 2026, 10:03 am
Deadpool kena angkut lori DBKL lepas buat persembahan
July 17, 2026, 8:58 am
'Selalu tuduh Malaysia', giliran penari Indonesia guna lagu SM Salim menari di Kemboja
July 16, 2026, 8:25 pm
'Dah macam ketam'- Bas bergerak mengiring jadi tumpuan netizen, cetus isu keselamatan
July 16, 2026, 3:02 pm
Leka bergambar, kanak-kanak perempuan nyaris jadi mangsa pertama Jambatan Batang Lupar
July 15, 2026, 3:10 pm
Polis buka siasatan individu didakwa diculik di Johor Bahru
July 15, 2026, 2:25 pm
