Berita Viral
Deadpool kena angkut lori DBKL lepas buat persembahan
KUALA LUMPUR 17 JULAI - Tular di media sosial seorang individu berpakaian adiwira Deadpool ditahan oleh pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas dipercayai melakukan persembahan tanpa permit di tengah ibu kota baru-baru ini.
Menerusi perkongsian video orang ramai, individu itu dipercayai melakukan persembahan sambil meletakkan tabung bayaran bagi pengunjung yang melihat tariannya.
Namun apa yang mengelikan hati orang ramai, individu itu terlalu menjiwai watak Deadpool apabila dia dirakam sedang menari dalam lori meskipun ditahan pihak DBKL.
Manakala di dalam ruangan komen, rata-rata orang ramai berseloroh kumpulan adiwira Avengers akan datang menyelamatkan individu tersebut.
"Deadpool pun takut majlis perbandaran," kata Shahrulnizam100.
"Deadpool pun tak selamat sekarang," jelas Ryzalminhaj.
"Jadi lepas ini Avengers akan buat cerita selamatkan Deadpool dari DBKL selepas ini," ujar Firdaus.razak.
Sehingga kini tiada kenyataan rasmi daripada pihak DBKL berhubung tangkapan yang dibuat ke atas individu tersebut.
Berita berkaitan
July 17, 2026, 7:11 pm
Deadpool jawab sebab diangkut DBKL lepas video tular di media sosial
July 17, 2026, 6:04 pm
Samseng datang halau, wanita Orang Asli dakwa suami ditahan polis lepas pertahan tanah adat
July 17, 2026, 8:58 am
'Selalu tuduh Malaysia', giliran penari Indonesia guna lagu SM Salim menari di Kemboja
July 16, 2026, 8:25 pm
'Dah macam ketam'- Bas bergerak mengiring jadi tumpuan netizen, cetus isu keselamatan
July 16, 2026, 7:16 pm
Suami kongsi tugasan terakhir bimbing isteri ucap syahadah sebelum meninggal dunia
July 16, 2026, 3:02 pm
Leka bergambar, kanak-kanak perempuan nyaris jadi mangsa pertama Jambatan Batang Lupar
July 15, 2026, 3:10 pm
Polis buka siasatan individu didakwa diculik di Johor Bahru
July 15, 2026, 2:25 pm
