TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Deadpool jawab sebab diangkut DBKL lepas video tular di media sosial

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 17 JULAI - "Diorang (mereka) ingat saya Rohingya sahaja, saya ada ic (kad pengenalan) lah."

Itulah jawapan individu yang dikenali sebagai DaemPool_ di ruangan komen TikTok selepas video dia ditahan oleh pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tular di media sosial.

DaemPool aka Deadpool memperagakan set pakaian adiwira itu dilihat santai berada dalam lori sambil merakam situasi kejadian.

Sebelum ini, aksi selamba DaemPool telah menghiburkan hati orang ramai kerana terlalu menjiwai watak Deadpool apabila dia dirakam sedang menari dalam lori meskipun ditahan pihak DBKL.

Manakala di dalam ruangan komen, rata-rata orang ramai berseloroh kumpulan adiwira Avengers akan datang menyelamatkan individu tersebut.

"Deadpool pun takut majlis perbandaran," kata Shahrulnizam100.

"Deadpool pun tak selamat sekarang," jelas Ryzalminhaj.

"Jadi lepas ini Avengers akan buat cerita selamatkan Deadpool dari DBKL selepas ini," ujar Firdaus.razak.

+ - reset