TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Leka bergambar, kanak-kanak perempuan nyaris jadi mangsa pertama Jambatan Batang Lupar

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 16 JULAI - Seorang kanak-kanak perempuan nyaris menjadi mangsa kemalangan akibat sikap cuai kedua ibubapa yang sibuk mengambil gambar di Jambatan Batang Lupar, Sarawak.

Menerusi video tular papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang berada di lokasi kejadian memperlihatkan kanak-kanak perempuan itu berlari ke tengah jalan raya sebelum sempat ditarik bapanya.

Pengguna media sosial yang memuat naik video tersebut meningatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

"Dear Sarawakian, tolong jangan anggap jambatan itu tempat santai macam nak lepak tepi pantai. Gara-gara nak ambil pemandangan cantik terus jadi kes kemalangan pertama di Jambatan Batang Lupar."

Apa yang membuatkan orang ramai geram apabila bapa kepada kanak-kanak perempuan itu dipercayai berang dengan pemandu kenderaan tersebut meskipun kesalahan jelas dilakukan mereka.

"Saya tak salahkan kereta, tapi kalau saya, saya akan perlahankan (kereta) sebab jambatan itu baru siap. Ramai orang kiri kanan jalan," kata seorang pengguna media sosial.

"Kenapa bapanya nak marah kereta itu? Dia yang salah sebab pergi lepak atas jambatan dan tak jaga anak nak melintas," ujar pengguna lain.

"Berderau darah saya, tolong peka, mana-mana jambatan bukan tempat santai," jelas pengguna lain.

+ - reset