TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Selalu tuduh Malaysia', giliran penari Indonesia guna lagu SM Salim menari di Kemboja

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 17 JULAI - Rakyat Malaysia boleh berbangga apabila lagu dendangan Allahyarham Tan Sri S M Salim berkumandang dalam satu persembahan kebudayaan yang berlangsung di Kemboja baru-baru ini.

Namun begitu, rasa bangga itu mungkin bertukar sinis apabila lagu tersebut diguna pakai oleh pasukan penari kebudayaan Indonesia yang menggunakan melodi Pantun Budi sebagai muzik persembahan rasmi mereka.

Ini kerana netizen Indonesia sering menuduh Malaysia mencuri lagu dan kebudayaan dari negara itu sekali gus menjadi perang mulut di media sosial.

Melihat lagu Pantun Budi dimainkan rata-rata netizen di Malaysia mempersoal kenapa pasukan yang mewakili Indonesia itu tidak menggunakan irama-irama daripada negara asal.

"Konoha (Indonesia) selalu cakap Malaysia suka curi lagu dan budaya Indonesia, tapi semalam pasukan Indonesia buat persembahan kebudayaan di Kemboja dan mereka selamba guna lagu Malaysia, tak ada lagu sendiri ke sampai guna lagu dari Malaysia untuk mewakili Indonesia?" soal seorang pengguna.

"Kalau Malaysia buat persembahan kebudayaan dekat luar negara dan terguna lagu Indonesia, automatik wartawan-wartawan Indonesia buat tajuk 'lagu Indonesia diciplak lagi oleh Malaysia'," kata pengguna lain.

"Mereka mana ada 'genre' macam ini, kalau ada pun mesti tak 'famous', sebab itu suka-suka nak 'claim' lagu Malaysia. Nak tanya juga, dah minta izin dari pihak sepatutnya untuk guna lagu ini?" ujar pengguna lain.

Ketika ini di media sosial, rata-rata netizen Malaysia mempersoal tindakan kumpulan Indonesia itu yang menggunakan lagu dari Malaysia untuk dipersembahkan di pentas antarabangsa.

+ - reset