Berita Viral
'Dah macam ketam'- Bas bergerak mengiring jadi tumpuan netizen, cetus isu keselamatan
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 16 Julai - Sebuah video memaparkan sebuah bas yang bergerak secara mengiring seperti ketam di jalan raya mencuri perhatian pengguna media sosial.
Menerusi hantaran di media sosial oleh pengguna fourzy_4z, beliau turut menulis secara berseloroh bahawa kenderaan berkenaan turut mengingatkannya kepada troli pasar raya, sekali gus mencetuskan isu keselamatan di jalan raya.
Rakaman tersebut kini mendapat ribuan tontonan dan ratusan komen, dengan rata-rata netizen meminta pihak berkaitan memastikan semua kenderaan pengangkutan awam berada dalam keadaan selamat sebelum digunakan.
Beberapa pengguna media sosial turut meluahkan kebimbangan terhadap keadaan bas tersebut.
Seorang pengguna, nutrimablackg, menyifatkan pergerakan bas itu kelihatan seperti “ketam” dan mempersoalkan bagaimana kenderaan tersebut masih dibenarkan berada di jalan raya.
“Dah macam ketam, ini dah patut kena lupus je. Macam mana boleh lepas atas jalan?” katanya.
Sementara itu, pengguna khuzairina67 turut mempersoalkan keselamatan penumpang yang menaiki bas terbabit.
“Macam ni punya bas pun lepas lalu kat jalan raya lagi, yang naik tu tak risau ke?” tulisnya.
Turut memberi reaksi, chici_chobi_nala meluahkan rasa kecewa terhadap keadaan tersebut.
“Teruknya Malaysia, apa nak jadi ni," komennya.
Bagaimanapun, tiada pengesahan sama ada bas terbabit mempunyai sebarang masalah teknikal atau gagal memenuhi pemeriksaan keselamatan.
Namun, rakaman tersebut terus mencetuskan perbincangan netizen yang menggesa tahap keselamatan kenderaan awam sentiasa dipantau.
Berita berkaitan
July 17, 2026, 7:11 pm
Deadpool jawab sebab diangkut DBKL lepas video tular di media sosial
July 17, 2026, 6:04 pm
Samseng datang halau, wanita Orang Asli dakwa suami ditahan polis lepas pertahan tanah adat
July 17, 2026, 10:03 am
Deadpool kena angkut lori DBKL lepas buat persembahan
July 17, 2026, 8:58 am
'Selalu tuduh Malaysia', giliran penari Indonesia guna lagu SM Salim menari di Kemboja
July 16, 2026, 7:16 pm
Suami kongsi tugasan terakhir bimbing isteri ucap syahadah sebelum meninggal dunia
July 16, 2026, 3:02 pm
Leka bergambar, kanak-kanak perempuan nyaris jadi mangsa pertama Jambatan Batang Lupar
July 15, 2026, 3:10 pm
Polis buka siasatan individu didakwa diculik di Johor Bahru
July 15, 2026, 2:25 pm
