TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Samseng datang halau, wanita Orang Asli dakwa suami ditahan polis lepas pertahan tanah adat

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 17 JULAI - Tular di media sosial ketika ini apabila seorang wanita Orang Asli yang dikenali sebagai Juliana mendakwa suaminya ditahan pihak polis selepas mempertahankan tanah adat yang telah diceroboh.

Wanita itu turut mendakwa mereka dihalau oleh sekumpulan samseng dan tanah adat mereka telah dikosongkan secara paksa.

Keadaan di kawasan berkenaan masih berterusan apabila rumah beberapa penduduk didakwa terus dipecahkan.

"Sekarang rumah masih dipecahkan. Semalam pun ada. Suami saya ditangkap kerana pertahan tanah adat kami. Gangster usir kami dan tanah kami dikosongkan,” jelasnya.

Juliana turut meluahkan kebimbangan terhadap nasib keluarganya yang mempunyai anak kecil serta berdepan kesukaran kewangan.

“Kami susah, kami tak ada duit. Kami ada anak kecil. Mahu ke mana?” katanya.

Dalam video lain, seorang lelaki yang dipercayai suaminya menunjukkan tanah adat mereka yang dibakar dan dirosakkan segala tanaman sekali gus hilang punca pendapatan.

Dalam perkembangan berkaitan, Juliana mendakwa suaminya dibawa ke Mahkamah Majistret Maran untuk proses reman selepas ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Kini  Juliana berhasrat untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyampaikan rayuan berhubung isu berkenaan.

Dalam luahan yang dikongsikan, Juliana berkata dia tidak tahu lagi tempat untuk mengadu dan nekad untuk hadir ke kediaman Perdana Menteri di Bandar Long, Kajang.

+ - reset