Berita Berita
Serbuan PGA di Blue Valley bongkar kegiatan majikan gaji PATI di ladang sayur Cameron Highlands
CAMERON HIGHLANDS 17 Julai – Sikap tidak bertanggungjawab segelintir majikan yang dikesan masih berdegil menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI) akhirnya terbongkar selepas kawasan ladang sayur di Blue Valley di sini digempur Pasukan Gerakan Am (PGA), semalam.
Dalam operasi bersepadu kira-kira pukul 11.40 pagi itu, seramai 12 pekerja warga asing berusia antara 23 hingga 48 tahun ditahan selepas didapati bekerja secara haram di beberapa buah ladang sayur sekitar kawasan berkenaan.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan dilakukan hasil risikan maklumat oleh anggota PGA bersama Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) di sebuah premis di Kampung Raja, dekat Jalan Blue Valley.
"Kesemua pekerja asing yang ditahan terdiri daripada warga Myanmar, Bangladesh dan Indonesia. Siasatan awal mendapati mereka bekerja dengan majikan yang berbeza-beza dan dibayar gaji antara RM1,200 hingga RM1,700 sebulan.
“Berikutan kegagalan mengemukakan sebarang permit kerja yang sah, kesemua mereka ditahan. Pihak kami turut menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai bertindak sebagai majikan kerana menggaji pekerja asing tanpa dokumen sah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Ahmad Radzi menambah, kesemua tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Tegas beliau, pihak PGA bersama agensi berkaitan akan terus mempergiat aktiviti risikan, rondaan dan pemeriksaan berkala di Cameron Highlands serta seluruh negeri Pahang bagi mengekang isu penempatan haram serta kemasukan PATI secara menyeluruh.
Berita berkaitan
July 17, 2026, 10:28 pm
Ab Rauf akui belum nampak petunjuk kerjasama BN, PN di Melaka
July 17, 2026, 10:09 pm
Rakyat Malaysia di Qatar dinasihatkan sentiasa peka keselamatan
July 17, 2026, 10:02 pm
Remaja perempuan maut, tiga cedera kereta Perodua Kelisa rempuh penghadang jalan di Lojing
July 17, 2026, 9:27 pm
Seorang lagi pelajar jatuh bangunan di sekolah Zara Qairina
July 17, 2026, 4:27 pm
Pempengaruh media sosial didakwa rogol remaja bawah umur di Kangar, mengaku tidak bersalah
July 17, 2026, 4:24 pm
Anwar bersyukur kadar inflasi negara terus mereda meskipun berdepan suasana pilihan raya
July 17, 2026, 4:19 pm
'Apakah Kerajaan Perpaduan akan tinggal sejarah?' - Mat Sabu persoal hala tuju BN
July 17, 2026, 3:42 pm
