Berita Berita
Ab Rauf akui belum nampak petunjuk kerjasama BN, PN di Melaka
JASIN 17 Julai – Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengakui bahawa beliau masih belum melihat sebarang petunjuk jelas ke arah pembentukan kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di negeri ini, sebagaimana yang sedang berlaku di Negeri Sembilan.
Beliau menjelaskan, bentuk sebenar formula jalinan kerjasama yang melibatkan kedua-dua gabungan besar itu di Negeri Sembilan juga masih belum dapat dipastikan secara terperinci buat masa ini.
"Saya tak nampak lagi kerjasama dalam bentuk bagaimana, tetapi saya lihat walaupun ia tidak diterjemahkan dalam pelbagai bentuk.
"... mungkin sudah ada persefahaman yang lebih baik di Negeri Sembilan (tetapi) di Melaka, belum lagi," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Program Hari EXCO Bersama Rakyat (HEBAT) di sini, hari ini.
Sebelum ini, BN dan PN dilaporkan telah mengesahkan kerjasama rasmi mereka di Negeri Sembilan melalui pelan pembahagian kerusi antara kedua-dua gabungan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri tersebut.
Perkembangan politik itu menarik perhatian ramai memandangkan Melaka sendiri dijadualkan bakal menghadapi PRN Ke-16 yang dijangka akan diadakan dalam tempoh dua bulan sahaja lagi.
Sementara itu, mengulas mengenai dinamika politik tempatan, Ab Rauf menegaskan bahawa kerajaan negeri pimpinannya tetap menghormati keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak lagi bersama-sama dalam pentadbiran negeri Melaka.
Kata beliau, pihaknya enggan memanjangkan lagi polemik berhubung isu penarikan diri tersebut demi menjaga keharmonian.
"Itu pilihan mereka, kita menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan tidak mahu menjadikan perbezaan politik sebagai medan pergaduhan atau serangan peribadi. Semua pihak berhak menyuarakan pandangan, namun biarlah secara profesional dan demi kepentingan rakyat," tegasnya.
Beliau turut menambah, sepanjang tempoh hampir tiga tahun mentadbir negeri Melaka bersama-sama di bawah payung Kerajaan Perpaduan sebelum ini, hubungan antara semua parti komponen yang terlibat telah berjalan dengan amat baik sebelum akhirnya timbul perbezaan pendirian dalam beberapa isu kebelakangan ini.
Berita berkaitan
July 17, 2026, 10:09 pm
Rakyat Malaysia di Qatar dinasihatkan sentiasa peka keselamatan
July 17, 2026, 10:02 pm
Remaja perempuan maut, tiga cedera kereta Perodua Kelisa rempuh penghadang jalan di Lojing
July 17, 2026, 9:27 pm
Seorang lagi pelajar jatuh bangunan di sekolah Zara Qairina
July 17, 2026, 4:27 pm
Pempengaruh media sosial didakwa rogol remaja bawah umur di Kangar, mengaku tidak bersalah
July 17, 2026, 4:24 pm
Anwar bersyukur kadar inflasi negara terus mereda meskipun berdepan suasana pilihan raya
July 17, 2026, 4:19 pm
'Apakah Kerajaan Perpaduan akan tinggal sejarah?' - Mat Sabu persoal hala tuju BN
July 17, 2026, 3:42 pm
