Berita Berita
Rakyat Malaysia di Qatar dinasihatkan sentiasa peka keselamatan
KUALA LUMPUR 17 Julai – Rakyat Malaysia yang kini berada di Qatar dinasihatkan agar tidak leka dan sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan diri serta peka dengan perkembangan sekeliling berikutan keadaan geopolitik di rantau Teluk yang dilaporkan masih tidak menentu.
Kedutaan Besar Malaysia di Doha menerusi satu notis memaklumkan, buat masa ini operasi pejabat kedutaan masih berjalan seperti biasa, namun pihaknya sedang aktif mengemas kini maklumat keberadaan semua warganegara di negara tersebut.
"Oleh itu, sila kemas kini maklumat anda dan keluarga melalui sistem eKonsular Kementerian Luar Malaysia. Jika anda belum mendaftar, sila layari laman eKonsular di https://ekonsular.kln.gov.my/register," menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi kedutaan pada Jumaat.
Selain daripada penduduk tetap dan ekspatriat, rakyat Malaysia yang hanya melakukan transit di Qatar turut digalakkan untuk memuat turun serta menggunakan aplikasi rasmi Kementerian Luar iaitu MyWorldAlert. Langkah itu bagi membolehkan pihak kedutaan menghulurkan bantuan segera sekiranya berlaku sebarang kecemasan yang tidak diingini.
Bagi rakyat Malaysia di Qatar yang memerlukan sebarang bantuan kecemasan atau urusan eKonsular, mereka boleh terus menghubungi talian +974 3374 6733 atau +974 4483 6463, selain boleh mengemukakan pertanyaan menerusi e-mel rasmi mwdoha@kln.gov.my.
Berita berkaitan
July 17, 2026, 10:28 pm
Ab Rauf akui belum nampak petunjuk kerjasama BN, PN di Melaka
July 17, 2026, 10:02 pm
Remaja perempuan maut, tiga cedera kereta Perodua Kelisa rempuh penghadang jalan di Lojing
July 17, 2026, 9:27 pm
Seorang lagi pelajar jatuh bangunan di sekolah Zara Qairina
July 17, 2026, 4:27 pm
Pempengaruh media sosial didakwa rogol remaja bawah umur di Kangar, mengaku tidak bersalah
July 17, 2026, 4:24 pm
Anwar bersyukur kadar inflasi negara terus mereda meskipun berdepan suasana pilihan raya
July 17, 2026, 4:19 pm
'Apakah Kerajaan Perpaduan akan tinggal sejarah?' - Mat Sabu persoal hala tuju BN
July 17, 2026, 3:42 pm
