Berita Berita
Remaja perempuan maut, tiga cedera kereta Perodua Kelisa rempuh penghadang jalan di Lojing
GUA MUSANG 17 Julai – Seorang remaja perempuan maut manakala tiga lagi individu mengalami kecederaan selepas kenderaan jenis Perodua Kelisa yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh penghadang jalan di simpang Pondok Polis Lojing, di sini hari ini.
Kemalangan tragis itu berlaku ketika kenderaan yang dinaiki oleh dua remaja perempuan dan dua lelaki berkenaan sedang dalam perjalanan dari arah Cameron Highlands menuju ke Gua Musang.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Che Razak Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pihak polis berhubung insiden tersebut pada jam 3.40 petang.
Sebasukan anggota bomba segera digegaskan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 87 kilometer dari balai dan tiba di tempat kejadian pada jam 5.01 petang.
"Seorang mangsa perempuan, Nur Nabila Fatihah Zainal Abidin, 19, yang beralamat di Kampung Telok, Bachok, disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat impak rempuhan tersebut.
"Mayat mangsa yang berada di bahagian tempat duduk penumpang hadapan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba pada jam 5.05 petang sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi media hari ini.
Che Razak menambah, tiga lagi mangsa yang mengalami kecederaan telah segera dikejarkan ke hospital berhampiran dengan menaiki ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan segera.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo mengesahkan penerimaan laporan mengenai kemalangan maut berkenaan dan memaklumkan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian kini sedang giat dijalankan.
Berita berkaitan
July 17, 2026, 10:28 pm
Ab Rauf akui belum nampak petunjuk kerjasama BN, PN di Melaka
July 17, 2026, 10:09 pm
Rakyat Malaysia di Qatar dinasihatkan sentiasa peka keselamatan
July 17, 2026, 9:27 pm
Seorang lagi pelajar jatuh bangunan di sekolah Zara Qairina
July 17, 2026, 4:27 pm
Pempengaruh media sosial didakwa rogol remaja bawah umur di Kangar, mengaku tidak bersalah
July 17, 2026, 4:24 pm
Anwar bersyukur kadar inflasi negara terus mereda meskipun berdepan suasana pilihan raya
July 17, 2026, 4:19 pm
'Apakah Kerajaan Perpaduan akan tinggal sejarah?' - Mat Sabu persoal hala tuju BN
July 17, 2026, 3:42 pm
