TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dua lelaki ditahan belasah lelaki cederakan hidung, mata dan kepala di Flat Sri Pulau Pinang

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Tindakan pantas pihak polis berjaya menahan dua lelaki tempatan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian pergaduhan sehingga menyebabkan kecederaan parah di Flat Sri Pulau Pinang, Cheras, di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Rosdi Daud berkata, pihak polis mengesahkan telah menerima satu laporan polis pada 18 Julai lalu kira-kira jam 3.33 pagi berhubung insiden berkenaan.

Motif kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap mangsa yang didakwa telah mengganggu adik perempuannya.

Akibat pergaduhan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian hidung, mata, serta kepala, dan kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

Susulan maklumat yang diterima, sepasukan polis daripada Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Cheras berjaya menahan dua suspek lelaki tempatan berusia 21 dan 22 tahun pada hari yang sama, kira-kira jam 5.22 pagi.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah tanpa menggunakan senjata.

Kesemua suspek telah direman dan kertas siasatan sedang dilengkapkan oleh pihak polis untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi tindakan selanjutnya.

+ - reset