Berita Berita
'Keluarga saya semuanya baik' - Azam Baki nafi campur tangan kontrak RM178.29 juta dikaitkan dengan adik
KUALA LUMPUR, 21 Julai – Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan penganugerahan kontrak bernilai RM178.29 juta kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan adiknya, Datuk Nasir Baki.
Azam berkata, beliau tidak mengetahui mengenai urusan perniagaan syarikat berkenaan dan menegaskan keputusan penganugerahan kontrak adalah di bawah bidang kuasa kementerian berkaitan.
"Itu urusan perniagaannya. Jadi, adakah ini bermaksud sesiapa yang mempunyai kaitan dengan saya akan dipersoalkan?
"Saya sudah bersara dan terpulang kepada kementerian untuk menganugerahkan projek itu kepada syarikatnya," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Beliau mengulas laporan The Edge Malaysia yang mendakwa Integriti Padu Sdn Bhd memperoleh kontrak selama enam tahun bagi membangunkan dan mengendalikan sistem Road Charge (RC) dan Vehicle Entry Permit (VEP) di pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura.
Azam yang menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 12 Mei lalu turut mempertahankan ahli keluarganya daripada terus dikaitkan dengan kedudukan yang pernah disandangnya.
"Keluarga saya semuanya baik. Saya juga mempunyai seorang adik perempuan yang merupakan pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) yang terkenal di negara ini.
"Adakah ini bermaksud dia juga akan menjadi perhatian?" katanya.
Menurut laporan The Edge Malaysia, Kementerian Pengangkutan menganugerahkan kontrak bernilai RM178.29 juta itu kepada Integriti Padu Sdn Bhd pada 26 Mei lalu selepas melalui proses permintaan cadangan (RFP) yang dibuka pada Jun tahun lalu.
Azam menegaskan sebarang persoalan berhubung penganugerahan kontrak berkenaan sewajarnya ditujukan kepada pihak kementerian yang bertanggungjawab, bukannya dikaitkan dengan beliau atas hubungan kekeluargaan.
Berita berkaitan
July 21, 2026, 10:07 pm
'Untung jadi orang Muar' - Cara Syed Saddiq urus bantuan RM650,000 raih pujian netizen
July 21, 2026, 6:13 pm
Dana mikro Hijrah bantu 60,000 usahawan elak terjerat along – Amirudin
July 21, 2026, 2:46 pm
Tamim Dahari mengaku tidak bersalah rosakkan simbol keagamaan penganut Hindu di Langkawi
July 21, 2026, 2:42 pm
PAS desak Anwar letak jawatan, Pengerusi KWAP direhatkan susulan kerugian pelaburan eFishery
July 21, 2026, 2:36 pm
Dua lelaki ditahan belasah lelaki cederakan hidung, mata dan kepala di Flat Sri Pulau Pinang
July 21, 2026, 2:27 pm
