Berita Viral
'Suami isteri sama bersubahat', warga China kantoi dipercayai rakam wanita dalam tren LRT
KUALA LUMPUR 22 JULAI - Seorang wanita mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh individu yang dipercayai berasal dari China selepas merakam video dirinya ketika berada di dalam tren LRT.
Menerusi rakaman video tular di media sosial itu, suspek dilihat bersama isterinya yang dipercayai turut bersubahat dengan tindakan jijik dilakukan suaminya itu.
Selepas tertangkap oleh seorang lelaki lain di dalam LRT, isteri suspek mengambil telefon individu itu untuk membuka 'gallery' selepas diminta untuk dipadam video yang dirakamnya.
Tanpa rasa bersalah, lelaki itu hanya mengangkat tangan tanda meminta maaf selepas perbuatannya ditangkap oleh orang awam.
"China 'mainland' kantoi rakam perempuan dalam tren, isteri dekat sebelah dia pun bersubahat 'delete' video itu. Lelaki 'bini' sama sahaja perangai."
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mahu tindakan tegas diambil oleh dua individu dari China tersebut.
"Kalau macam ini bermula bulan depan dah tak boleh rakam ditempat awam kecuali 'dashcam', walaupun ada kes ancaman dalam tren dilarang rakam dan boleh akta saman," kata seorang pengguna.
Pengguna lain pula, mahu mangsa lebih tampil berani dengan mengambil telefon suspek dan serahkan kepada pihak berkuasa sebagai bukti.
Sehingga artikel ini ditulis masih tiada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden tersebut.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:07 am
Tular peniaga guna air liur untuk pisahkan pelapik makanan
July 30, 2026, 7:00 pm
Penumpang e-hailing hina islam, dakwa al-Quran ajar benda tak bagus
July 30, 2026, 11:47 am
Panik ketika keluar simpang, rider kemalangan selepas dikejar anjing liar
July 30, 2026, 10:25 am
Tular isi botol kicap ada bangkai cicak
July 29, 2026, 3:46 pm
Wanita China buat kecoh kumur, ludah air dalam LRT
July 29, 2026, 11:25 am
'Ingat anak nak ambil barang', wanita terkejut lelaki warga asing selamba buka bonet kereta
July 28, 2026, 12:04 pm
Hilang lepas sekolah tamat, kelurga mohon bantuan cari Gwen Mia
July 28, 2026, 10:32 am
