TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Anak tak pakai helmet, 'mat rempit' buat 'wheelie' bawa keluarga dikecam ramai

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 22 JULAI - Tular di media sosial rakaman video seorang lelaki menunggang motosikal secara berbahaya telah menerima kecaman orang ramai.

Ini kerana tindakannya itu dibuat semasa membonceng isteri dan anaknya yang tidak memakai topi keledar.

Tindakan lelaki itu dirakam oleh penunggang motosikal lain yang turut mengikuti konvoi tersebut.

Menerusi ruangan komen, orang ramai berang dengan tindakan lelaki itu yang tidak berfikir panjang atas keselamatan keluarganya.

"Dah kena baru nak menyesal, kau patut jadi pelindung bukan penghancur," kata pengguna media sosial.

"Kau nak mati tak perlu libatkan anak kau sama,anak kau tak ada kena mngena dengan hobi kau itu," marah pengguna lain.

"Membahayakan keselamatan isteri dan anak sendiri," ujar seorang lagi pengguna.

+ - reset