Berita Berita
Penghuni Maju Link B2 Tower panik rasa gegaran 15 saat susulan gempa bumi di Indonesia
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 22 Julai — Penghuni sebuah bangunan pejabat di Maju Link B2 Tower, Jalan Lingkaran Tengah 2 di sini cemas selepas merasai gegaran selama kira-kira 15 saat berpunca daripada kejadian gempa bumi yang melanda Langsa, Indonesia, tengah hari tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 pada jam 12.32 tengah hari sebelum menggerakkan sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi ke lokasi.
Komander Operasi, PBK II Nur Ariffin Bin Mantali memaklumkan, setibanya anggota di lokasi, mendapati sebahagian besar penghuni telah pun mengosongkan bangunan dan berkumpul di kawasan selamat sebagai langkah berjaga-jaga.
Menurut pemanggil, beliau merasai gegaran pada struktur bangunan berkenaan selama kira-kira 15 saat sebelum membuat keputusan untuk keluar menyelamatkan diri.
Pasukan bomba kemudiannya bertindak menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas fizikal dan struktur bangunan Maju Link B2 Tower. Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang rekahan atau kerosakan struktur dikesan, sekali gus mengesahkan bangunan berkenaan selamat untuk diduduki semula.
Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kejadian gegaran itu berpunca daripada gempa bumi berukuran 5.7 magnitud yang melanda kawasan 55 kilometer di barat daya Langsa, Indonesia, di mana impak gegarannya turut dirasai di beberapa kawasan di Malaysia.
Operasi pemantauan oleh pihak bomba ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.06 petang selepas situasi dipastikan benar-benar selamat.
Berita berkaitan
July 22, 2026, 8:29 pm
Anwar jamin pelajar SPM 10A masuk matrikulasi secara automatik tanpa mengira kaum
July 22, 2026, 8:00 pm
Kemasukan matrikulasi ambil kira kecemerlangan dan keadilan sosioekonomi — PM
July 22, 2026, 7:49 pm
Hubungan menteri Kerajaan Perpaduan kekal kukuh, mesyuarat mesra walaupun diuji bahang PRN
July 22, 2026, 7:45 pm
Pilih wakil rakyat bermaruah dan berintegriti, bukan sekadar janji kaum — PM Anwar
July 22, 2026, 7:18 pm
Bapa dua anak dihukum penjara gara-gara curi Milo dan syampu
July 22, 2026, 5:22 pm
Tiga kakitangan MPS didakwa terima rasuah bantu urusan lesen restoran
July 22, 2026, 2:56 pm
Koperal polis didakwa amang seksual anak kandung, mahkamah tolak jaminan
July 22, 2026, 2:22 pm
