Berita Berita
Bapa dua anak dihukum penjara gara-gara curi Milo dan syampu
KULIM 22 Julai - Seorang bapa kepada dua anak dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah mencuri barangan keperluan dari sebuah pasar raya minggu lalu.
Majistret Nur Hamizah Mat Shah menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Zani Ishak, 49, sejurus tertuduh membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Mengikut pertuduhan, Muhamad Zani didakwa mencuri dua bungkusan serbuk Milo 1.8 kilogram, empat bungkusan serbuk Milo 900 gram serta lapan botol syampu dengan nilai keseluruhan RM252.60.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah pasar raya di Kulim pada kira-kira jam 10.52 pagi, 15 Julai lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda. Bagi kesalahan kali kedua, pesalah turut boleh dikenakan hukuman penjara, denda atau sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Preeyaa, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Najihah Ahmad Zulkarnain.
Dalam rayuannya, pihak pembelaan memohon hukuman ringan dengan memaklumkan tertuduh sedang berusaha mendapatkan pekerjaan selain menyesali perbuatannya.
Peguam turut menjelaskan barangan yang diambil merupakan barangan keperluan harian.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal dikenakan selepas dimaklumkan tertuduh dipercayai mencuri barangan berkenaan untuk dijual bagi mendapatkan wang.
Mahkamah kemudian memerintahkan Muhamad Zani menjalani hukuman penjara selama tujuh hari bermula dari tarikh dia ditangkap.
Berita berkaitan
July 22, 2026, 8:29 pm
Anwar jamin pelajar SPM 10A masuk matrikulasi secara automatik tanpa mengira kaum
July 22, 2026, 8:00 pm
Kemasukan matrikulasi ambil kira kecemerlangan dan keadilan sosioekonomi — PM
July 22, 2026, 7:49 pm
Hubungan menteri Kerajaan Perpaduan kekal kukuh, mesyuarat mesra walaupun diuji bahang PRN
July 22, 2026, 7:45 pm
Pilih wakil rakyat bermaruah dan berintegriti, bukan sekadar janji kaum — PM Anwar
July 22, 2026, 5:22 pm
Tiga kakitangan MPS didakwa terima rasuah bantu urusan lesen restoran
July 22, 2026, 2:56 pm
Koperal polis didakwa amang seksual anak kandung, mahkamah tolak jaminan
July 22, 2026, 2:22 pm
Mayat lelaki warga emas ditemui terapung di Tasik Tun Perak Rawang
July 22, 2026, 2:10 pm
