Berita Berita
Tiga kakitangan MPS didakwa terima rasuah bantu urusan lesen restoran
SHAH ALAM, 22 Julai – Tiga kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah bagi memudahkan urusan permohonan lesen dan permit perniagaan sebuah restoran, enam tahun lalu.
Tertuduh, Mohd. Hazri Nordin, 42, Muhammad Fauzan Hasbullah, 36, dan Mohd. Aizuddin Mohd. Yusof, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.
Mohd. Hazri yang bertugas sebagai pembantu tadbir MPS didakwa atas dua pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM1,200 sebagai dorongan untuk memudahkan urusan permohonan lesen sebuah restoran.
Muhammad Fauzan pula berdepan satu pertuduhan menerima suapan RM1,000 bagi mengesyorkan seorang arkitek dalam proses permohonan permit tahunan sementara milik seorang individu.
Kedua-dua tertuduh didakwa menerima wang berkenaan melalui akaun bank masing-masing daripada seorang lelaki berusia 41 tahun.
Sementara itu, Mohd. Aizuddin yang juga Penolong Pegawai Seni Bina MPS didakwa menerima wang tunai RM1,350menerusi akaun bank miliknya daripada seorang pemilik syarikat yang diketahuinya mempunyai hubungan dengan tugas rasminya di MPS.
Muhammad Fauzan turut bertugas sebagai Penolong Pegawai Seni Bina di pihak berkuasa tempatan berkenaan.
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka didakwa melakukan kesalahan itu di tiga cawangan bank di Rawang, Shah Alam dan Bandar Baru Selayang antara 20 Januari hingga 13 Julai 2020.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Alimi Mustapha dan Arif Asyraf Mohd. Khairi, yang mencadangkan jaminan antara RM5,000 hingga RM10,000 bagi setiap tertuduh.
Peguam Evie Melynda, Zulazrai Zolkapli dan Nurul Aeir S. Muhammad Harvian Kamar yang mewakili ketiga-tiga tertuduh memohon jaminan rendah dengan alasan anak guam mereka kini digantung tugas.
Mahkamah kemudian membenarkan Mohd. Hazri diikat jamin RM9,000, Muhammad Fauzan RM10,000 dan Mohd. Aizuddin RM4,500, masing-masing dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan 24 dan 25 September sebagai tarikh sebutan semula kes mengikut turutan melibatkan Mohd. Hazri, Muhammad Fauzan dan Mohd. Aizuddin.
Berita berkaitan
July 22, 2026, 8:29 pm
Anwar jamin pelajar SPM 10A masuk matrikulasi secara automatik tanpa mengira kaum
July 22, 2026, 8:00 pm
Kemasukan matrikulasi ambil kira kecemerlangan dan keadilan sosioekonomi — PM
July 22, 2026, 7:49 pm
Hubungan menteri Kerajaan Perpaduan kekal kukuh, mesyuarat mesra walaupun diuji bahang PRN
July 22, 2026, 7:45 pm
Pilih wakil rakyat bermaruah dan berintegriti, bukan sekadar janji kaum — PM Anwar
July 22, 2026, 7:18 pm
Bapa dua anak dihukum penjara gara-gara curi Milo dan syampu
July 22, 2026, 2:56 pm
Koperal polis didakwa amang seksual anak kandung, mahkamah tolak jaminan
July 22, 2026, 2:22 pm
Mayat lelaki warga emas ditemui terapung di Tasik Tun Perak Rawang
July 22, 2026, 2:10 pm
