TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pilih wakil rakyat bermaruah dan berintegriti, bukan sekadar janji kaum — PM Anwar

By
|
Kongsi
image

SEREMBAN, 22 Julai — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar memilih wakil rakyat yang mempunyai maruah serta integriti tinggi, bukannya sekadar bergantung kepada janji-janji manis untuk menjaga kepentingan sesuatu kaum semata-mata.

Menurut beliau, pengalaman dalam mentadbir negara membuktikan bahawa pembangunan yang mampan bukan hanya bergantung kepada jumlah peruntukan kewangan, sebaliknya bagaimana hasil dan pengurusan berkenaan memberi manfaat secara terus kepada rakyat.

Anwar memetik contoh tata kelola pengurusan sumber pasir di Negeri Sembilan yang menurutnya wajar dijadikan tular dan contoh oleh kerajaan negeri lain.

“Kerajaan Negeri (lain) tengok bagaimana kita boleh belajar daripada Tok Min (Datuk Seri Aminuddin Harun). Dulu kontrak-kontrak korek pasir kena dapat duit, dia ambil dan jual pasir. Tetapi kerajaan sekarang suruh dia korek dan bayar balik kepada kerajaan. Ini bezanya,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian ketika hadir menyantuni masyarakat tempatan serta para pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan di Medan Selera Ampangan (Benteng @ Ampangan), di sini petang tadi.

Kehadiran beliau adalah bagi menyokong kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Ampangan, Datuk Seri Muhammad Nazri Kassim.

Mengulas lanjut mengenai pendekatan pembangunan berteraskan integriti dan keprihatinan, Anwar turut menyentuh projek pembinaan sebuah hotel besar di Port Dickson yang mengambil kira kebajikan kira-kira 50 keluarga nelayan setempat agar tidak terpinggir daripada arus pembangunan.

+ - reset