TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Mayat lelaki warga emas ditemui terapung di Tasik Tun Perak Rawang

By
|
Kongsi
image

RAWANG, 22 Julai — Seorang lelaki warga emas disahkan meninggal dunia selepas mayatnya ditemui terapung di Tasik Tun Perak, Taman Jati Batu 17 di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 7.55 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang digerakkan ke lokasi.

“Komander operasi mengesahkan terdapat seorang mangsa lelaki berbangsa Cina berusia lingkungan 60-an terapung di dalam tasik.

“Mangsa berjaya dinaikkan oleh anggota bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya menerusi kenyataan rasmi hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak KKM bagi tindakan dan proses selanjutnya.

Punca sebenar kejadian yang membawa kepada kematian mangsa kini masih dalam siasatan pihak berkuasa.

+ - reset