Berita Dunia
Masih pegang kopi, detik cemas tangan tersepit di pintu tren
JAKARTA 24 JULAI — Satu insiden cemas berlaku di Stesen Duri, Indonesia apabila tangan seorang penumpang KRL Commuter Line tersepit pada pintu kereta api sewaktu cuba memasuki gerabak baru-baru ini.
Kejadian tersebut tular di media sosial menerusi satu rakaman video yang menunjukkan tangan penumpang itu tersepit pada pintu tren, manakala jari-jemarinya masih memegang erat secawan kopi.
Menerusi rakaman terbabit, petugas platform di lokasi kejadian dilihat berusaha untuk memberitahu pihak berkaitan supaya pintu kereta api dibuka semula bagi melepaskan tangan penumpang berkenaan.
Bagaimanapun, tindakan tersebut sudah terlambat apabila kereta api berkenaan mula bergerak meninggalkan platform.
Kejadian mengejutkan itu tekah mencetuskan suasana panik dalam kalangan penumpang lain yang berada di gerabak mahupun kawasan platform.
Penumpang terbabit dipercayai tergesa-gesa dan panik kerana KRL sudah tiba di platform, menyebabkan dia terpaksa membawa masuk minuman yang baru dibelinya.
Meskipun pihak pengurusan pengangkutan awam itu menetapkan larangan untuk makan dan minum di dalam tren demi menjaga kebersihan serta keselesaan bersama.
Berita berkaitan
September 19, 2026, 9:41 am
Trump sekat 3 media utama AS, syarikat lain bakal menyusul
September 17, 2026, 10:54 am
'Patut KL jerebu makin teruk', suasana kebakaran hutan di Kalimantan makin parah
September 7, 2026, 10:12 am
Letusan Gunung Anak Krakatau: Lapangan terbang ditutup, 170,000 penumpang terkandas
September 3, 2026, 4:36 pm
'Asap tak ada ic, tak kenal sempadan', Menteri Indonesia ulas jerebu di Sarawak
September 3, 2026, 4:24 pm
Operasi robohkan masjid secara 'live' cetus kontroversi di India
August 30, 2026, 10:01 am
Detik cemas sekeluarga terperangkap dalam arus deras banjir di Nepal
August 29, 2026, 9:23 am
Banjir Nepal: Dua rakyat Malaysia berjaya dikesan, angka korban melepasi 500 orang
August 28, 2026, 2:52 pm
Polis tahan 2 suspek curi subang dari telinga mayat mangsa banjir di Nepal
August 27, 2026, 3:48 pm
Nepal terima kifarah? 3 minggu sebelum banjir, masjid diceroboh, al-Quran dibakar
August 27, 2026, 10:38 am
