TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Remaja 18 tahun maut dipercayai terjatuh tingkat 68 di Komtar

By
|
Kongsi
image

GEORGE TOWN 24 Julai – Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari bangunan Komtar di sini, petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 4.05 petang.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 18 tahun dari kawasan Macallum dan ditemukan di atas bumbung aras enam bangunan Komtar dalam keadaan berpakaian lengkap.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah yang konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi.

"Setakat ini, siasatan awal tidak menemukan sebarang unsur jenayah. Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (LMM) dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Penguasa Kanan Bomba I Jamil Abdullah @ Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.17 petang sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai ke lokasi.

Beliau berkata, lima anggota bomba terpaksa menggunakan tali dan pengusung bagi menurunkan mangsa dari bumbung aras enam.

Menurutnya, operasi itu berdepan kesukaran berikutan keadaan bumbung yang licin selepas hujan, namun mangsa berjaya diturunkan pada jam 5.55 petang.

 

+ - reset