Berita Dunia
Budak meraung lihat mayat bapa diusung selepas dipukul hingga maut kerana disyaki curi ayam
TABANAN (Bali) 26 Julai - Seorang lelaki maut selepas dipukul sekumpulan penduduk yang berang apabila dia disyaki mencuri ayam di sebuah kampung di daerah Baturiti, Tabanan, Bali, awal pagi Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi waktu tempatan, mangsa yang dikenali sebagai KD dikatakan ditangkap penduduk ketika dipercayai cuba melarikan seekor ayam milik seorang penduduk.
Menurut polis, tindakan itu mencetuskan kemarahan penduduk yang mendakwa kawasan berkenaan kerap berdepan kes kehilangan ayam sebelum mangsa dipukul beramai-ramai sehingga meninggal dunia.
Lebih mengejutkan, motosikal yang digunakan mangsa turut dibakar oleh orang ramai sebelum polis tiba di lokasi.
Pasukan polis yang menerima maklumat sekitar jam 2 pagi mendapati mangsa sudah tidak bernyawa. Mayat kemudian dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
Polis turut merampas beberapa barang yang dipercayai milik mangsa, termasuk seekor ayam, sebilah parang, sebuah beg mengandungi peralatan seperti tang, lastik, batu serta sejumlah wang tunai.
Kes kini disiasat bagi mengenal pasti individu yang terbabit dalam kejadian tersebut, selain merakam keterangan beberapa saksi bagi melengkapkan siasatan.
Rakaman video kejadian itu turut tular di media sosial dan mencetuskan perdebatan mengenai tindakan main hakim sendiri dalam kalangan masyarakat.
Berita berkaitan
September 19, 2026, 9:41 am
Trump sekat 3 media utama AS, syarikat lain bakal menyusul
September 17, 2026, 10:54 am
'Patut KL jerebu makin teruk', suasana kebakaran hutan di Kalimantan makin parah
September 7, 2026, 10:12 am
Letusan Gunung Anak Krakatau: Lapangan terbang ditutup, 170,000 penumpang terkandas
September 3, 2026, 4:36 pm
'Asap tak ada ic, tak kenal sempadan', Menteri Indonesia ulas jerebu di Sarawak
September 3, 2026, 4:24 pm
Operasi robohkan masjid secara 'live' cetus kontroversi di India
August 30, 2026, 10:01 am
Detik cemas sekeluarga terperangkap dalam arus deras banjir di Nepal
August 29, 2026, 9:23 am
Banjir Nepal: Dua rakyat Malaysia berjaya dikesan, angka korban melepasi 500 orang
August 28, 2026, 2:52 pm
Polis tahan 2 suspek curi subang dari telinga mayat mangsa banjir di Nepal
August 27, 2026, 3:48 pm
Nepal terima kifarah? 3 minggu sebelum banjir, masjid diceroboh, al-Quran dibakar
August 27, 2026, 10:38 am
