Berita Berita
Projek infrastruktur murid enam tahun siap lebih awal daripada jadual
PUTRAJAYA, 28 Julai — Sebahagian besar projek penyediaan infrastruktur bagi menyambut kemasukan murid Tahun Satu berusia enam tahun untuk sesi persekolahan 2027 disiapkan lebih awal daripada jadual.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, perkembangan cemerlang itu membuktikan kesiapsiagaan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam memastikan kemudahan sekolah berada pada tahap terbaik.
"Dalam persiapan kita, khususnya infrastruktur bagi menerima kehadiran anak-anak enam tahun di darjah satu tahun hadapan, projek-projek sudah pun ada yang siap jauh lebih awal.
"Terima kasih kepada Ketua Setiausaha dan pasukan yang bertungkus-lumus memastikan persiapan ini berjalan dengan sangat baik," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan KPM, hari ini.
Beliau menambah, pihak KPM juga bersiap sedia dari segi penempatan guru dan terus menerima sambutan menggalakkan daripada ibu bapa berhubung pendaftaran murid berusia enam tahun.
Dalam perkembangan berasingan, Fadhlina memaklumkan KPM akan melaksanakan program reformasi sekolah bermula minggu depan melibatkan 10 sekolah rintis bagi setiap daerah (lima sekolah rendah dan lima sekolah menengah).
Menerusi program berkenaan, setiap sekolah yang terpilih berpeluang menerima peruntukan sehingga RM100,000 bagi melaksanakan pelbagai inisiatif pembaharuan demi mengangkat mutu pendidikan serta kemenjadian murid.
Berita berkaitan
July 28, 2026, 10:54 am
Tiga kilang musnah lepas terbakar di Kulim
July 28, 2026, 9:36 am
Wanita warga asing diragut penunggang EX5 di Bandar Putra IOI
July 28, 2026, 9:31 am
Pengedar dadah ditahan bersama syabu, ganja lebih RM21,000 di Bera
July 28, 2026, 9:22 am
Sanusi hantar LOD terhadap pihak didakwa putar belit kenyataannya
July 27, 2026, 7:48 pm
Sanusi tegaskan ucapan di Jempol rujuk fakta sejarah, bukan nafikan kerakyatan
July 27, 2026, 7:16 pm
Pelarian Rohingya berkumpul depan pejabat UNHCR, tindakan tegas akan diambil
July 27, 2026, 3:59 pm
Kerajaan kaji tambah baik proses kenaikan pangkat pegawai kanan ATM
July 27, 2026, 3:16 pm
