Berita Berita
Pengedar dadah ditahan bersama syabu, ganja lebih RM21,000 di Bera
BERA, 28 Julai — Seorang lelaki tempatan ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM21,502 dalam serbuan di tepi jalan kawasan Felda Tembangau 1, Kemayan, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, suspek berusia lingkungan tempatan itu ditahan kira-kira jam 1 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera.
Hasil pemeriksaan menemukan dadah disyaki syabu seberat 367.55 gram, lima pil Erimin 5 (27.10 gram), dan ganja seberat 138.17 gram.
"Tindakan turut diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan menyita sebuah motosikal Kawasaki dianggarkan bernilai RM25,000 serta wang tunai RM7,000," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Ujian saringan awal air kencing mengesahkan suspek positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine, dan benzo, selain mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan narkotik.
Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 2 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan jika sabit kesalahan.
Berita berkaitan
July 28, 2026, 10:54 am
Tiga kilang musnah lepas terbakar di Kulim
July 28, 2026, 9:36 am
Wanita warga asing diragut penunggang EX5 di Bandar Putra IOI
July 28, 2026, 9:22 am
Sanusi hantar LOD terhadap pihak didakwa putar belit kenyataannya
July 28, 2026, 9:03 am
Projek infrastruktur murid enam tahun siap lebih awal daripada jadual
July 27, 2026, 7:48 pm
Sanusi tegaskan ucapan di Jempol rujuk fakta sejarah, bukan nafikan kerakyatan
July 27, 2026, 7:16 pm
Pelarian Rohingya berkumpul depan pejabat UNHCR, tindakan tegas akan diambil
July 27, 2026, 3:59 pm
Kerajaan kaji tambah baik proses kenaikan pangkat pegawai kanan ATM
July 27, 2026, 3:16 pm
