Berita Berita
Sanusi tegaskan ucapan di Jempol rujuk fakta sejarah, bukan nafikan kerakyatan
PETALING JAYA, 27 Julai — Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan ucapannya ketika berkempen di Jempol, Negeri Sembilan baru-baru ini hanyalah merujuk kepada fakta sejarah pembentukan Tanah Melayu dan bukannya bertujuan menafikan hak kerakyatan mana-mana kaum.
Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu menjelaskan, kenyataan tersebut berlandaskan pandangan tokoh antarabangsa seperti Oliver Stanley, Lord Killearn, dan Lord Ogmore yang mengiktiraf hubungan sejarah, politik, serta kebudayaan khusus masyarakat Melayu di wilayah ini.
"Apa yang saya katakan ialah Melayu tidak ada tanah lain, Melayu hanya ada Tanah Melayu ini sahaja. Kaum lain ada negara asal masing-masing, manakala Melayu di sini sahaja. Ini merujuk kepada sejarah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
"Ucapan saya bukannya gagasan baharu, sebaliknya pengulangan pengakuan yang pernah dibuat secara terbuka di Parlimen British sejak 1946," katanya yang juga Menteri Besar Kedah dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan beliau dibuat bagi menjawab kritikan pelbagai pihak berhubung ucapan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan yang didakwa menyentuh sensitiviti kerakyatan masyarakat bukan Melayu.
Muhammad Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri menegaskan, pengiktirafan terhadap Tanah Melayu tidak bermakna rakyat bukan Melayu tidak mempunyai hak di Malaysia, malah beliau menafikan pernah menyuruh masyarakat Cina atau India meninggalkan negara ini.
Menurutnya, ucapan berkenaan perlu dibaca sebagai cerminan kebimbangan terhadap kedudukan politik serta ekonomi orang Melayu, sambil menegaskan masyarakat berbilang kaum di negara ini sentiasa boleh hidup bersama secara aman dan harmoni.
Berita berkaitan
July 27, 2026, 7:16 pm
Pelarian Rohingya berkumpul depan pejabat UNHCR, tindakan tegas akan diambil
July 27, 2026, 3:59 pm
Kerajaan kaji tambah baik proses kenaikan pangkat pegawai kanan ATM
July 27, 2026, 3:16 pm
Orang lain anjur ratusan juta, kita cuma belanja RM16 juta perbaiki trek F1 Sepang - PM
July 27, 2026, 3:02 pm
Salah urus dan campur tangan politik punca Felda rugi RM10 bilion
July 27, 2026, 2:58 pm
Enam lelaki mengaku tidak bersalah culik ahli perniagaan, minta tebusan RM8 juta
July 27, 2026, 1:23 pm
Guan Eng jumpa Anwar cadang satu peperiksaan kemasukan universiti awam untuk semua pelajar
July 27, 2026, 12:07 pm
Rakyat Malaysia maut ditikam akibat perselisihan 2 kumpulan di Korea
July 27, 2026, 11:25 am
