Berita Berita
Wanita warga asing diragut penunggang EX5 di Bandar Putra IOI
SEGAMAT, 28 Julai — Seorang wanita warga asing menjadi mangsa ragut seorang lelaki bertopeng yang menunggang motosikal di hadapan rumahnya di Bandar Putra IOI, semalam.
Kejadian tersebut tular di media sosial sebelum mangsa tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, siasatan awal mendapati mangsa didatangi suspek yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam sebelum meragut beg tangannya.
"Beg tangan berkenaan mengandungi beberapa dokumen penting, dua buah telefon bimbit iaitu iPhone 13 Pro Max dan Samsung, serta wang tunai RM300," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, polis kini membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan bagi kesalahan merompak yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun, denda, atau sebatan jika sabit kesalahan.
Pihak polis sedang giat mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk menghubungi hotline IPD Segamat di talian 07-9324222 atau balai polis berhampiran.
Berita berkaitan
July 28, 2026, 12:15 pm
Tingkatan Enam kekal bawah KPM, diperkasa sebagai program prauniversiti
July 28, 2026, 12:08 pm
PM ingatkan sekolah jangan lindung kes buli demi jaga imej
July 28, 2026, 12:02 pm
Pelarian Rohingya berkumpul di UNHCR dipindah ke IPK, sah miliki dokumen
July 28, 2026, 10:54 am
Tiga kilang musnah lepas terbakar di Kulim
July 28, 2026, 9:31 am
Pengedar dadah ditahan bersama syabu, ganja lebih RM21,000 di Bera
July 28, 2026, 9:22 am
Sanusi hantar LOD terhadap pihak didakwa putar belit kenyataannya
July 28, 2026, 9:03 am
Projek infrastruktur murid enam tahun siap lebih awal daripada jadual
July 27, 2026, 7:48 pm
