TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Sanusi hantar LOD terhadap pihak didakwa putar belit kenyataannya

By
|
Kongsi
image

ALOR SETAR, 28 Julai — Pasukan peguam Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sedang menguruskan penyerahan surat tuntutan (LOD) terhadap pihak yang didakwa memutar belit kenyataan beliau berhubung isu sejarah dalam satu ucapan di Negeri Sembilan baru-baru ini.

Muhammad Sanusi memaklumkan, ramai lagi individu berada dalam senarai untuk menerima LOD sekiranya didapati menokok tambah, mencedok kenyataan di luar konteks, atau mengulas berasaskan sumber yang telah dipesan untuk tujuan politik.

"Ada ramai lagi dalam senarai untuk menerima LOD seumpama ini dengan tuntutan yang sesuai mengikut tindakan mereka.

"Mereka memutar belit, menokok tambah, dan memanipulasi ucapan saya di luar maksud sebenar. Semoga ia menjadi pengajaran kepada semua," katanya menerusi hantaran di media sosialnya, hari ini.

Difahamkan, antara individu terawal menerima LOD menerusi firma guaman Faizi & Associates ialah Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan.

Surat tuntutan itu mendakwa Dr Sathia memfitnah Sanusi menerusi kenyataan media dan video TikTok dengan mengaitkannya secara tidak tepat menerusi frasa 'India baliklah India' dan 'Cina baliklah China', sedangkan perkataan tersebut tidak pernah diucapkan beliau.

Sehubungan itu, Dr Sathia dituntut menarik balik video berkenaan, mengemukakan permohonan maaf secara terbuka, serta mencadangkan jumlah ganti rugi dalam tempoh tujuh hari sebelum tindakan undang-undang seterusnya diambil.

Sebelum ini, Dr Sathia dilaporkan mengakui terdapat kekhilafan apabila mengulangi ucapan berkenaan menggunakan perkataan 'balik', namun menegaskan asas laporan polis dibuatnya terhadap Menteri Besar Kedah berhubung sentimen perkauman tetap relevan.

+ - reset