TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Orang lain anjur ratusan juta, kita cuma belanja RM16 juta perbaiki trek F1 Sepang - PM

By
|
Kongsi
image

TAMPIN, 27 Julai — Malaysia tidak mengenakan sebarang bayaran kos pendaftaran kepada Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) bagi penganjuran perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Bahrain Gulf Air 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Oktober ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, perbelanjaan yang perlu dikeluarkan oleh negara hanyalah sekitar RM10 juta hingga RM16 juta untuk perkhidmatan dan kerja penambahbaikan trek.

"Orang lain anjur, perbelanjaannya ratusan juta atau minimum RM1 bilion. Kita hanya diminta belanja sekitar RM16 juta untuk perbaiki trek, namun bakal menjadi tumpuan pelumba terkenal, teknologi tercanggih serta ribuan jurutera dunia ke Sepang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Dewan Garisson, Kem Syed Sirajuddin di Gemas, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Malek Razak Sulaiman.

Semalam, penganjur F1, Liberty Media mengumumkan SIC dipilih menjadi tuan rumah perlumbaan GP Bahrain Gulf Air 2026 yang dijadualkan semula pada 2 hingga 4 Oktober ini, dengan nama rasmi 'GP Bahrain Gulf Air di Malaysia'.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, pemilihan Malaysia berbanding puluhan negara lain didorong oleh tiga faktor utama iaitu kestabilan dan keamanan negara, kecekapan pengurusan, serta kualiti infrastruktur yang unggul.

+ - reset