TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pelarian Rohingya berkumpul depan pejabat UNHCR, tindakan tegas akan diambil

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 27 Julai — Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kumpulan pelarian yang bertindak mengganggu ketenteraman awam atau cuba menguasai mana-mana kawasan di negara ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), dan pihak berkuasa tempatan (PBT) telah diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

Tegasan itu dibuat susulan tindakan ratusan pelarian Rohingya yang berkumpul dan berkampung di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling, di sini hari ini.

"Mereka berkumpul di pejabat UNHCR dan mengganggu lalu lintas. Kita kena tegas. Negara ini ada peraturan dan hukum. Mereka tidak boleh memilih untuk menguasai mana-mana kawasan bandar.

"Sebab itu saya telah arahkan Imigresen, polis, dan pihak berkuasa bandar raya untuk ambil tindakan tegas. Yang tidak ada permit mesti diheret ke Imigresen, manakala yang mempunyai dokumen kita beri amaran keras," katanya kepada pemberita pada Majlis Penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026, hari ini.

Anwar menjelaskan, walaupun kerajaan memahami hasrat pelarian untuk mendapatkan perlindungan UNHCR, mereka tetap wajib mematuhi undang-undang serta tidak menimbulkan ketidakselesaan atau mengancam keselamatan penduduk tempatan.

Kumpulan pelarian terbabit dilaporkan tiba di ibu negara awal pagi tadi dengan menaiki tiga bas dari Pulau Pinang selepas diusir keluar oleh penduduk tempatan di penempatan asal mereka.

+ - reset