TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tingkatan Enam kekal bawah KPM, diperkasa sebagai program prauniversiti

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA, 28 Julai — Sistem pendidikan Tingkatan Enam akan kekal di bawah pengurusan Kementerian Pendidikan (KPM) buat masa ini, dengan memperkasakan identitinya sebagai program prauniversiti yang berasingan daripada aliran sekolah menengah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keperluan pelaksanaan semasa, khususnya membabitkan sistem pengurusan dan skim perkhidmatan guru, walaupun terdapat cadangan awal untuk memindahkannya di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

"Buat sementara ini biar kekal dahulu di KPM kerana masalah sistem guru dan sebagainya. Kita boleh kaji semula selepas pelaksanaan untuk beberapa tahun akan datang.

"Kalau dirasakan perlu dalam keadaan sesuai, boleh diwujudkan kolej khas Tingkatan Enam, tetapi buat masa sekarang saya putuskan ia kekal di bawah KPM," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga KPM di sini, hari ini yang turut dihadiri Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar menegaskan, walaupun kekal di bawah KPM, pelajar Tingkatan Enam perlu diberikan pengiktirafan sebagai kumpulan prauniversiti, termasuk ditempatkan di blok berasingan serta mempunyai pengurusan dan disiplin sendiri.

Pendekatan itu disifatkan penting supaya pelajar Tingkatan Enam mempunyai identiti tersendiri sebagai laluan ke pengajian tinggi dan tidak lagi disamakan dengan murid aliran sekolah menengah biasa.

+ - reset