Berita Berita
PM ingatkan sekolah jangan lindung kes buli demi jaga imej
PUTRAJAYA, 28 Julai — Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pihak sekolah supaya tidak sekali-kali melindungi atau menyembunyikan kejadian buli semata-mata mahu menjaga imej dan prestasi institusi pendidikan.
Perdana Menteri menegaskan, pentadbir sekolah perlu bersikap telus dalam mengendalikan kes disiplin kerana tindakan menyembunyikan insiden sedemikian hanya akan membiarkan kezaliman terus berulang, sekali gus menjejaskan keselamatan pelajar.
"Saya mengingatkan pengetua dan guru besar supaya mengambil perkara ini sebagai satu sikap yang sangat penting. Tidak bermakna apabila satu kes berlaku dan dihebahkan, sekolah itu gagal.
"Kalau guru besar memilih untuk mendedahkan kes itu, saya hormat kerana dia tidak cuba melindungi semata-mata hendak menjaga imej atau prestasi sekolah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bersama Warga Kementerian Pendidikan (KPM) di sini, hari ini yang turut dihadiri Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Anwar menambah, ibu bapa tidak patut dipaksa menerima hakikat anak-anak mereka berasa takut untuk ke sekolah akibat didera atau dibuli.
Tegas beliau, sebarang bentuk keganasan dan kezaliman perlu dibendung dari peringkat awal—sama ada kes kecil mahupun besar—sebelum ia berkembang menjadi isu yang lebih parah.
Berita berkaitan
July 28, 2026, 12:15 pm
Tingkatan Enam kekal bawah KPM, diperkasa sebagai program prauniversiti
July 28, 2026, 12:02 pm
Pelarian Rohingya berkumpul di UNHCR dipindah ke IPK, sah miliki dokumen
July 28, 2026, 10:54 am
Tiga kilang musnah lepas terbakar di Kulim
July 28, 2026, 9:36 am
Wanita warga asing diragut penunggang EX5 di Bandar Putra IOI
July 28, 2026, 9:31 am
Pengedar dadah ditahan bersama syabu, ganja lebih RM21,000 di Bera
July 28, 2026, 9:22 am
Sanusi hantar LOD terhadap pihak didakwa putar belit kenyataannya
July 28, 2026, 9:03 am
Projek infrastruktur murid enam tahun siap lebih awal daripada jadual
July 27, 2026, 7:48 pm
