TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pelarian Rohingya berkumpul di UNHCR dipindah ke IPK, sah miliki dokumen

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 28 Julai — Pemeriksaan polis terhadap kumpulan pelarian yang berkumpul di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling mendapati kesemua mereka mempunyai dokumen sah agensi antarabangsa berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, seramai 113 pelarian telah dipindahkan ke Dataran Wira Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi proses dokumentasi dan pengesahan identiti.

"Tindakan dokumentasi dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari pelbagai jabatan polis Kuala Lumpur bersama wakil pejabat UNHCR, yang mana pihak UNHCR kini dalam usaha mengambil tindakan lanjut ke atas komuniti pelarian terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumpulan yang dipindahkan itu merangkumi 36 lelaki dewasa, 21 wanita, 31 kanak-kanak lelaki, dan 22 kanak-kanak perempuan etnik Rohingya, selain seorang lelaki warga Iraq, serta masing-masing seorang wanita warga Somalia dan Indonesia yang merupakan isteri kepada pelarian Rohingya.

Proses pemindahan pada malam semalam dilakukan menggunakan empat buah trak polis berikutan jumlah barangan peribadi dan bagasi yang dibawa oleh kumpulan pelarian berkenaan.

Kumpulan terbabit dilaporkan berkampung di pejabat UNHCR selepas tiba dari Pulau Pinang akibat diusir oleh penduduk tempatan di kawasan penempatan asal mereka.

+ - reset