Berita Berita
KJ tegas bicara isu Melayu cermin realiti politik, bukan perkauman
GEORGETOWN, 28 Julai — Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berpandangan membicarakan isu serta kepentingan orang Melayu bukan satu kesalahan, sebaliknya mencerminkan realiti politik di Malaysia.
Khairy berkata, setiap parti politik—sama ada berbilang kaum mahupun berasaskan kaum tertentu—pasti akan membangkitkan isu yang dekat dengan masyarakat yang diwakilinya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan adalah tidak adil sekiranya perbincangan mengenai kepentingan orang Melayu terus dilabel atau disalah tafsir sebagai memainkan sentimen perkauman.
"Takkan bila kita bercakap berkaitan masyarakat kita, perkara itu salah. Saya rasa semua parti politik sudah pasti akan membangkitkan isu yang penting kepada masyarakat yang mereka wakili.
"Itu tidak bermaksud ia membawa unsur perkauman. Kalau kita bercakap soal kepentingan orang Melayu, pendidikan sekolah Cina, atau pekerja India di kawasan estet, adakah itu salah? Saya rasa tidak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas forum Lepak Pemimpin sempena CTOS SME Biz Day Pulau Pinang, di sini hari ini.
Kenyataan itu dibuat bagi mengulas maklum balas Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Fahmi Fadzil yang mendakwa beliau menggunakan isu Melayu dan Islam bagi menghidupkan semula pengaruh politiknya.
Mengulas lanjut, Khairy menjelaskan bahawa selaku pemimpin yang mewakili UMNO pada ketika itu, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menyuarakan kebimbangan masyarakat Melayu dan perkara berkenaan tidak sepatutnya dijadikan isu.
Berita berkaitan
July 28, 2026, 4:15 pm
Enam beradik didakwa edar heroin 118 gram di Ipoh
July 28, 2026, 12:15 pm
Tingkatan Enam kekal bawah KPM, diperkasa sebagai program prauniversiti
July 28, 2026, 12:08 pm
PM ingatkan sekolah jangan lindung kes buli demi jaga imej
July 28, 2026, 12:02 pm
Pelarian Rohingya berkumpul di UNHCR dipindah ke IPK, sah miliki dokumen
July 28, 2026, 10:54 am
Tiga kilang musnah lepas terbakar di Kulim
July 28, 2026, 9:36 am
Wanita warga asing diragut penunggang EX5 di Bandar Putra IOI
July 28, 2026, 9:31 am
Pengedar dadah ditahan bersama syabu, ganja lebih RM21,000 di Bera
July 28, 2026, 9:22 am
