Berita Berita
Enam beradik didakwa edar heroin 118 gram di Ipoh
IPOH, 28 Julai — Enam beradik berdepan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 118.87 gram, minggu lalu.
Tertuduh iaitu Muhammad Affandi Zulkafli, 41; Muhammad Khairul Azmil, 40; Shahrul Azwan, 38; Mohamad Shah Herman, 35; Muhamad Amirul, 29; dan Mohamad Hafizi, 27; yang kesemuanya tidak bekerja sekadar mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norizan Riduan.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh berikutan kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut kertas pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu secara bersama di sebuah pondok di Laluan Usaha, Kampung Che Zainal Tambahan 1, Chemor pada jam 9.20 malam, 21 Julai lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zarris Sofea Zainudin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 22 Oktober depan bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.
Sementara itu, mahkamah bersidang di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun petang ini bagi memproses pertuduhan sama ke atas seorang lagi rakan mereka, Mohd Ismail Borhan, 43, yang kini menerima rawatan kesihatan.
Berita berkaitan
July 28, 2026, 3:04 pm
KJ tegas bicara isu Melayu cermin realiti politik, bukan perkauman
July 28, 2026, 12:15 pm
Tingkatan Enam kekal bawah KPM, diperkasa sebagai program prauniversiti
July 28, 2026, 12:08 pm
PM ingatkan sekolah jangan lindung kes buli demi jaga imej
July 28, 2026, 12:02 pm
Pelarian Rohingya berkumpul di UNHCR dipindah ke IPK, sah miliki dokumen
July 28, 2026, 10:54 am
Tiga kilang musnah lepas terbakar di Kulim
July 28, 2026, 9:36 am
Wanita warga asing diragut penunggang EX5 di Bandar Putra IOI
July 28, 2026, 9:31 am
Pengedar dadah ditahan bersama syabu, ganja lebih RM21,000 di Bera
July 28, 2026, 9:22 am
