TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Hadi Awang arah ahli Pas undi calon BN di kawasan tanpa saingan PN pada PRN Negeri Sembilan

By
|
Kongsi
image

SEREMBAN, 30 Julai — Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengarahkan seluruh ahli serta penyokong parti itu agar mengundi dan menyokong calon Barisan Nasional (BN) di kawasan yang tidak ditandingi oleh Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos ini.

Beliau menegaskan bahawa arahan berkenaan merupakan sebahagian daripada strategi terancang menerusi kerjasama BN-PN bagi memastikan kemenangan gabungan terbabit.

"Saya ulangi seruan saya. Orang Pas di kawasan BN mesti undi BN dan bekerja untuk mereka. Begitu juga orang BN perlu bekerja di kawasan Pas bertanding supaya kita mendapat kemenangan," katanya ketika menyampaikan amanat pada Ceramah Mega Birukan Seremban, malam Rabu.

Abdul Hadi menjelaskan bahawa model kerjasama sedemikian pernah terbukti berkesan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, di mana penyokong PN membantu mengundi calon BN hingga membolehkan gabungan berkenaan meraih kemenangan besar.

Menerusi formula terbabit, beliau menggambarkan Pas berperanan sebagai "barisan pertahanan" manakala BN diletakkan di barisan hadapan. Sekiranya strategi ini membuahkan hasil di Negeri Sembilan, pendekatan serupa akan terus diperkukuh bagi mendepani cabaran politik akan datang.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Marang berkenaan turut menekankan bahawa pemfokusan kerjasama BN-PN amat krusial bagi mengekang dominasi politik DAP, di samping menggesa peranan aktif pengundi muda untuk menyokong gabungan itu demi masa depan negara.

 

+ - reset