TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Darjah kebesaran Negeri Sembilan dikurniakan kepada Rais Yatim ditarik balik serta-merta

By
|
Kongsi
image

SEREMBAN, 30 Julai — Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan penarikan balik dua darjah kebesaran yang pernah dikurniakan kepada Tan Sri Dr. Mohd. Rais Yatim, berkuat kuasa serta-merta.

Pendaftar Darjah merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zafir Ibrahim memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat atas titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Penarikan balik berkenaan melibatkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S.) yang membawa gelaran Dato' Seri Utama (dikurniakan pada tahun 2001) serta Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S.) yang membawa gelaran Dato' (diterima pada tahun 1979).

“Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah menitahkan penarikan balik kurniaan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S) (2001) dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S) (1979) kepada Tan Sri Dr. Mohd. Rais Yatim, berkuat kuasa serta-merta.

“Keputusan ini dibuat bagi memelihara kebesaran, kemuliaan dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan rasmi hari ini.

Walau bagaimanapun, kenyataan pihak pentadbiran kerajaan negeri tidak memperincikan alasan atau sebab khusus di sebalik keputusan penarikan balik kedua-dua darjah kebesaran berkenaan.

+ - reset