TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Azeez bersedia disiasat semula kes Tabung Haji, minta berhenti tuduhan 'sakau'

By
|
Kongsi
image

JELEBU, 29 Julai — Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menegaskan bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sekiranya siasatan berkaitan pengurusan institusi berkenaan dibuka semula.

Ujar Abdul Azeez, beliau pernah disiasat secara menyeluruh susulan pertukaran kerajaan pada tahun 2018, termasuk ditahan reman serta dipanggil berkali-kali oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kalau saya sakau, pada tahun 2018 lagi Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah penjarakan saya. Audit forensik dan siasatan sudah dibuat, tetapi tiada bukti saya menyeleweng dana Tabung Haji," katanya ketika ditemui semasa berkempen di Taman Simpang Pertang, hari ini.

Kenyataan itu bagi mengulas pelepasan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan dan operasi TH setebal 204 muka surat yang diumumkan kepada umum semalam.

Menurut bekas Ahli Parlimen Baling itu, SPRM menerusi Tan Sri Azam Baki pada tahun 2021 telah mengeluarkan surat rasmi mengesahkan tiada sebarang penyelewengan atau salah guna kuasa dikesan sepanjang beliau menerajui TH.

Beliau turut menambah bahawa pihak polis baru-baru ini memaklumkan fail siasatan forensik mengenainya kini dalam proses tindakan tiada arahan lanjut (No Further Action - NFA).

"Jadi kalau nak siasat balik, silakan. Saya orang pertama akan bagi kerjasama yang padu dan jitu... Tapi jangan ulang ayat 'sakau' demi kepentingan politik," katanya lagi.

+ - reset