Berita Berita
RCI syor penubuhan 'Dana Haji' di bawah TH, dikawal selia Suruhanjaya Sekuriti
KUALA LUMPUR, 29 Julai — Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) mencadangkan penubuhan sebuah jabatan khusus dikenali sebagai Dana Haji di bawah TH bagi mengurus dana pendeposit yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM).
Langkah itu bertujuan mempertingkatkan profesionalisme pengurusan pelaburan tanpa perlu menukarkan fungsi berkenaan kepada syarikat subsidiari, selain membolehkan Dana Haji dikanunkan di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).
RCI menerusi laporan penuh yang diterbitkan memaklumkan, kawal selia oleh SSM adalah wajar memandangkan jumlah saiz deposit TH yang kini mencapai RM88 bilion dan dijangka meningkat kepada RM100 bilion dalam tempoh dua tahun akan datang.
Antara cadangan utama RCI berhubung penubuhan Dana Haji merangkumi:
-
Pemisahan Kuasa Pentadbiran: TH tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan sebarang keputusan berkaitan pelaburan Dana Haji.
-
Pengawasan Kementerian: Fungsi pelaburan dikawal selia oleh Menteri Kewangan bersama SSM, manakala pelantikan ahli Panel Pelaburan diletakkan di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan.
-
Pengurusan Profesional: Pengambilan Ketua Pegawai Pelaburan serta pembentukan pasukan pelaburan domestik dan antarabangsa yang berpengalaman, dengan portfolio luar negara boleh diuruskan oleh pengurus dana luar.
-
Pelaporan dan Audit: Jabatan Audit dan Jawatankuasa Audit diberi akses penuh kepada kewangan Dana Haji, yang diwajibkan melaporkan pencapaiannya kepada TH secara berkala dan sistematik.
RCI mengesyorkan agar kerajaan mengambil langkah menyeluruh untuk memperkukuh model perniagaan dan tadbir urus TH menerusi pengurusan profesional tanpa sebarang campur tangan politik.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 9:51 am
Ibu, dua anak perempuan ditemukan maut dalam bilik di Bandar Baru Tambun
July 31, 2026, 9:48 am
Agong jalani rawatan susulan masalah otot dan tulang, tak dapat hadir Sambutan Hari Pahlawan
July 31, 2026, 9:18 am
Kerajaan tapis dahulu 5,000 etnik Rohingya sebelum dihantar pulang ke Myanmar
July 31, 2026, 8:31 am
'Tegur saya boleh, tapi jangan hina Kerajaan Madani' - Anwar
July 30, 2026, 6:05 pm
Anwar sahkan sidang khas Parlimen RCI Tabung Haji pada 11 Ogos
July 30, 2026, 4:19 pm
Makin serius, hampir tiada kampung di Kelantan bebas masalah dadah - Saifuddin
July 30, 2026, 2:53 pm
