TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Budak sekolah tersembam lepas kejar kereta untuk pulang barang

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 31 JULAI - Seorang pelajar sekolah nyaris terlibat dalam satu kemalangan selepas hasratnya untuk mengejar sebuah kereta demi memulangkan barang tidak kesampaian.

Menerusi video papan pemuka sebuah kenderaan berhampiran, pelajar sekolah itu baru keluar daripada kereta sebelum menyedari sesuatu terjatuh dan bertindak untuk memulangkannya.

Namun begitu, pemandu kereta jenis Honda itu tidak perasan akan niat murni pelajar tersebut sebelum memecut laju meninggalkan perkarangan sekolah.

Tindakan pemandu itu yang memecut laju meninggalkan perkarangan sekolah telah menyebabkan pelajar terbabit jatuh dan tersembam di atas jalan raya.

Video tular itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang memohon agar ibu bapa atau penjaga peka dengan keadaan sekeliling semasa menurunkan pelajar.

"Dia punya laju lepas turunkan anak memang bahaya, dah tahu itu kawasan sekolah perlahan sikit," kata seorang pengguna.

"Anak itu tertarik beg tangan mak dia, itu yang dikejar nak bagi balik, harap-harap dia okay," ujar pengguna lain.

"Kalau ye pun nak cepat pastikan anak dah selamat jalan baru gerak, ini terus pergi tak tengok cermin sisi," luah seorang lagi pengguna.

+ - reset