TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Tak sangka mesin basuh pun jadi sasaran', aksi dua remaja mencuri depan rumah cetus kemarahan netizen

By
|
Kongsi
image

Oleh AZIM SAID

MASAI 31 Julai – Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan aksi sekumpulan lelaki didakwa mengambil sebuah mesin basuh di hadapan sebuah rumah kini tular di media sosial.

Menurut perkongsian pemilik akaun di media sosial, kejadian dipercayai berlaku semalam sekitar jam 12.55 tengah hari apabila mesin basuh yang diletakkan di luar rumah didakwa telah diambil tanpa kebenaran.

Menerusi rakaman tersebut, kumpulan terbabit dilihat seperti sudah lama mensasarkan mesin basuh tersebut dan melihat sekeliling sebelum mula mencuri.

Dua dari mereka kemudian bertindak mengangkat mesin basuh berkenaan secara terus sebelum membawanya meninggalkan kawasan rumah.

Menurut perkongsian, kejadian kecurian tersebut berlaku di Flat Tasek 64 di Masai, Johor.

Hantaran itu menarik perhatian ramai netizen yang terkejut apabila barangan besar seperti mesin basuh turut menjadi sasaran.

Seorang pengguna menyifatkan tindakan tersebut sebagai sesuatu yang memalukan dan dilakukan secara terbuka.

“Tengok sekeliling la kononnya, CCTV tercegat depan muka. Haih budak sekarang ni memalukan je,” katanya.

Ada juga pengguna mencadangkan supaya rakaman berkenaan digunakan bagi mengenal pasti individu terbabit.

“Print gambar dia tengah curi tu, tepek dekat dinding merata biar dia terkenal," komennya.

Kejadian ini sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya lebih peka terhadap keselamatan barangan di sekitar rumah serta memastikan rakaman bukti disimpan sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

+ - reset