Berita Berita
Tersalah masuk gear punca kereta rempuh kedai jual kuih
SHAH ALAM, 5 Ogos — Seorang pembantu kedai wanita berumur awal 30-an mengalami kecederaan ringan selepas sebuah kereta merempuh bahagian hadapan premis menjual kuih di Taman Berkeley, Klang, kira-kira jam 3.30 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol memaklumkan bahawa insiden itu dipercayai berpunca daripada tindakan pemandu wanita warga emas berumur awal 50-an yang tersalah masuk gear serta tertekan pedal minyak sewaktu mahu bergerak keluar dari petak letak kereta di hadapan premis terbabit.
Ekoran kejadian berkenaan, pemandu kenderaan itu dibawa ke Pusat Perubatan Sunway bagi menerima rawatan lanjut, manakala pembantu kedai yang tercedera dihantar ke Hospital KPJ Klang.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," kata Ramsay dalam satu kenyataan rasmi hari ini.
Pihak polis meminta mana-mana individu atau saksi awam yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu agar menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Klang Utara, Inspektor Kishen Raj di talian 011-26249291 bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
August 5, 2026, 3:09 pm
RCI TH: Bersatu desak Azeez tampil, Asyraf Wajdi letak jawatan
August 5, 2026, 2:34 pm
Polis siasat isu hutang kutu susulan kehilangan tiga beranak di Bukit Kayu Hitam
August 5, 2026, 2:22 pm
Tak boleh sesuka hati guna nama 'Kelantan' anjur program, perlu mohon kebenaran kerajaan negeri
August 5, 2026, 1:12 pm
'PH tak pernah hasut Cina lawan kaum lain' – Chong Zhemin bidas kenyataan Kian Ming
August 5, 2026, 12:26 pm
Ops Kutip: Imigresen tahan 93 PATI dalam serbuan di Danau Kota, Pekeliling
August 5, 2026, 12:24 pm
Pemain Thai maut, warga Malaysia cedera disambar petir ketika perlawanan bola sepak
August 5, 2026, 11:31 am
Lelaki Malaysia ditahan cuba seludup 6kg ganja, 1.5kg syabu ke Singapura
August 5, 2026, 10:38 am
