TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Pemandu dipercayai warga asing ketawa lepas langgar kereta, lari bayar tol di KL

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 6 OGOS - Tular di media sosial seorang pemandu bertindak melanggar bahagian belakang kereta lain sebanyak dua kali kerana mahu lari daripada bayar tol.

Menerusi perkongsian mangsa, lailatulnajjah, insiden tersebut dipercayai berlaku di Plaza Tol Loke Yew dan mendapat kritikan orang ramai dalam media sosial.

Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) bahagian belakang mangsa mendapati pemandu terbabit melakukan perkara itu dengan bersahaja.

Malah pemandu yang menggunakan kereta jenis Honda City itu didakwa sempat senyum dan ketawa selepas melanggar bahagian belakang kenderaan mangsa.

Menurut mangsa, dia percaya bahawa pemandu tersebut bukan orang tempatan tapi warga asing yang menyewa kereta di negara ini.

"Tolong cari si bangang (pemandu) dah tak nak bayar tol, lepas itu kau 'sodok' (langgar) dua kali sebab tak bagi kau lalu. Lepas itu gelak, gelak," kata mangsa.

Sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden tersebut.

 

+ - reset