TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Saya tiada duit', pelancong India selamba keluar 'Grab' lepas sampai destinasi

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 4 OGOS – Sebuah insiden melibatkan seorang pelancong lelaki warga India yang didakwa melarikan diri tanpa membayar tambang teksi sebaik sahaja tiba di destinasi di Vietnam kini tular dan mencetuskan perbincangan hangat di media sosial. 

Menerusi rakaman video, pelancong India itu dengan bersahaja menyatakan tiada duit kepada pemandu sebaik sahaja tiba di lokasi.

Kejadian tersebut sekali gus menghangatkan isu mengenai perlakuan sesetengah pelancong asing yang dianggap tidak menghormati budaya serta warga tempatan.

Isu itu dilihat semakin sensitif apabila timbul rasa kurang senang dan ketidakpercayaan dalam kalangan masyarakat tempatan terhadap kelompok pelancong berkenaan. 

Sikap sedemikian didakwa bukan berpunca daripada sentimen kebangsaan semata-mata, sebaliknya berakar daripada aduan berulang mengenai kelakuan yang tidak sopan, enggan membayar perkhidmatan digunakan, tawar-menawar secara keterlaluan, serta tindakan mengambil kesempatan ke atas pekerja tempatan.

+ - reset