TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Bunyi jeritan, ketukan wanita misteri di M Tower Empire City cetus kebimbangan penduduk

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA 3 OGOS – Penghuni di M Tower, Empire City, Damansara Perdana digemparkan dengan kejadian misteri membabitkan bunyi ketukan keras serta jeritan wanita yang tertekup dari arah bilik utiliti dan saluran paip di tingkat 23 bangunan berkenaan.

Menerusi perkongsian di media sosial kejadian itu pada mulanya disangkakan sekadar gangguan aliran paip biasa oleh sepasang suami isteri yang menetap di tingkat tersebut. 

Bagaimanapun, situasi berlarutan sehingga jam 12 tengah malam apabila bunyi ketukan bertambah kuat, disusuli suara seorang wanita yang seolah-olah terperangkap dan memberi respon apabila cuba disapa.

Bimbang akan keselamatan individu yang mungkin berada dalam bahaya, pihak pengurusan bangunan dan pasukan penyelenggaraan dari pelbagai blok berhampiran telah dipanggil untuk membuat pemeriksaan lanjut. 

Pasukan penyelenggaraan bertindak membuka kesemua pintu kabinet utiliti serta memeriksa tingkat atas dan bawah, namun bunyi berkenaan masih berterusan. 

Pihak penyelenggaraan berkata, bahawa gangguan tersebut berkemungkinan besar berpunca daripada sistem paip, namun penjelasan itu tidak dapat memuaskan hati penghuni yang yakin mendengar suara manusia merayu bantuan.

Laporan polis turut dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan ke atas unit-unit kediaman jiran berhampiran. 

Pasukan polis yang hadir telah memeriksa kawasan sekitar, namun mengesahkan tiada sebarang penemuan mencurigakan setakat ini dan tindakan lanjut tidak dapat diambil tanpa bukti kukuh.

Menurut perkongsian penghuni di media sosial, bunyi ketukan dan jeritan itu terhenti secara tiba-tiba sekitar jam 12 tengah hari esoknya. 

Kejadian tersebut mencetuskan pelbagai spekulasi dan kebimbangan dalam kalangan komuniti Empire City.

+ - reset